tips merawat kulit : rashes


Hai and assalmualaikum semua


Okay, siapa pernah muka dia naik rash sampai merah-merah teruk? kalau pernah, you feel what i feel sis . Before this, aku pernah kena masalah alergik yang teruk sampai pergi jawab final exam pakai mask kot?  Bayangkan betapa seksanya aku nak bernafas sebab masa tu dalam hall and dengan aircond nya lagi. Aku still tak tau apa penyebab yang buatkan habis satu muka aku kena rashes. yes, allergic! tapi alergik apa?
Yang aku tahu memang aku ada alergik dengan binatang berbulu,seafood (tapi kalau makan pun tak pernah kena macam tu pun sebelum ni) and some ikan yang aku tak boleh makan. ada member suruh aku buat test allergic kat hospital tapi memang tak laa aku nak buat sebab masa tu aku tengah final.

Apa yang aku buat? aku just pergi ke klinik biasa. And doctor tu tengok memang kulit aku alergik dengan something. Tak sure laa alergik apa sebab doctor tu tak bagitau kat aku. Maybe tempat study aku tu panas sangat ke? (memang panas pun, maklum laa felda) alergik dengan air ke? alergik kosmetik ke? or alergik makanan yang aku tak sedar?
so, as conclusion, aku pergi jumpa doctor yang expert and consult dengan dia.Alhamdulillah, yang doctor kedua tu so far aku consume ubat and pakai pencuci dan krim dia okay je setakat ni. Yang first doctor aku guna ubat dia tapi tak jalan jugak. Tapi aku ada amik tips dia suruh tuam dengan ais bila rasa area yang kena rash tu panas.

Image result for tuam muka dengan ais

Dalam  tengah consume ubat tu adalaa jugak aku buat amalan ni, apply ais kat muka. Amik tuala bersih and wrap ais tu lepastu tuam kat kawasan yang kena rashes tu. Nak apply ais direct ke muka terus pun okey kalau korang tahan sejuk 😎. Everyday aku buat macam tu and so far progress dia boleh tahan. Aku nampak perubahan muka aku lepas tuam dengan ais tu.


Related image

Next, aku ada pakai bedak sejuk. Okay, ni mak aku yang suruh 😔. Dia suruh cuba nak tengok jadi ke tak? So sebagai anak yang solehah aku ikutkan je. Alhamdulillah, muka aku okey je.Takde reaction apa macam gatal ke pedih. Mungkin berkat dengar cakap mak  aku kot?😁 Before this, aku pernah try macam-macam produk nak pulihkan balik muka aku. Dari produk simple, neutrogena semua tak jalan kat muka aku. Lepas pakai muka akan rasa gatal-gatal. Aku pernah try aloevera. Orang kata elok kan kalau pakai aloevera? tapi kulit muka aku tak boleh terima, muka aku alergik dengan aloevera. and lepastu muka aku naik balik rash lepas pakai aloevera tu (masa tu aku tak pakai pape and muka macam dah nak okey). Menyesal nak mati lepas pakai aloevera tu. Sebab aku kena ulang balik rutin tuam ais and pakai bedak sejuk. 😭😭

So far the best dan sesuai untuk muka aku, aku just amalkan pakai bedak sejuk belah malam and tuam ais setiap pagi dan sebelum tido malam. Tapi, sekarang aku dah kurang amalkan since muka aku dah elok sikit. Tapi, sampai sekarang aku consume ubat dari doctor. And part tuam ais tu aku adalah buat seminggu sekali atau dua kali seminggu.
For yang kena rash macam aku, boleh lah amalkan tuam dengan ais. Memang best tuam dengan ais. Bukan setakat fresh kan muka, dapat kurangkan mata panda korang tu sekali and paling penting dapat reduce kan korang punya rashes kat muka. Dalam ni aku tak letak laa gambar rashes macam mana, kang ada yang tak lalu terbayang-bayang lepastu. Kalau nak tahu macam mana, pi google sana.

The best treatment is pergi rawat and consult dengan doctor pakar. Jangan pergi klinik biasa macam aku ni. Okay, all the best and ni je aku dapat tolong korang. Bye!


p/s: sabar dan tawakal tu penting!



Comments

Nurul yanita said…
Terima kasih kak.. Sangat berguna informasinya untukku yang lagi sensitif sama produk skincare 🤗

Popular Posts